<body><center> <!-- Begin: adBrite, Generated: 2010-11-05 4:20:15 banner--> <script type="text/javascript"> var AdBrite_Title_Color = '32527A'; var AdBrite_Text_Color = '000000'; var AdBrite_Background_Color = 'FFFFFF'; var AdBrite_Border_Color = 'CCCCCC'; var AdBrite_URL_Color = '1B703A'; try{var AdBrite_Iframe=window.top!=window.self?2:1;var AdBrite_Referrer=document.referrer==''?document.location:document.referrer;AdBrite_Referrer=encodeURIComponent(AdBrite_Referrer);}catch(e){var AdBrite_Iframe='';var AdBrite_Referrer='';} </script> <span style="white-space:nowrap;"><script type="text/javascript">document.write(String.fromCharCode(60,83,67,82,73,80,84));document.write(' src="http://ads.adbrite.com/mb/text_group.php?sid=1799760&zs=3436385f3630&ifr='+AdBrite_Iframe+'&ref='+AdBrite_Referrer+'" type="text/javascript">');document.write(String.fromCharCode(60,47,83,67,82,73,80,84,62));</script> <a target="_top" href="http://www.adbrite.com/mb/commerce/purchase_form.php?opid=1799760&afsid=1"><img src="http://files.adbrite.com/mb/images/adbrite-your-ad-here-banner.gif" style="background-color:#CCCCCC;border:none;padding:0;margin:0;" alt="Your Ad Here" width="11" height="60" border="0" /></a></span> <!-- End: adBrite --> </center>> Tokuyama Darul Iman ..

::BismiLLAHirrahmaanirrahiim:: Selalu Kita Manjakan Mata Memandang Keindahan .. Kita Akan Mudah Lupa.. Pujuklah Mata Memandang Kedhaifan.. InsyaAllah Kita Akan Selalu Beringat.. Feel free to visit my current site http://syaheerah.multiply.com

Musafir Kelana
Tokuyama Darul Iman


GOOD SOURCE




<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31






Waktu Jepun

 
 



toModAchi nO LinK


| kAk SArAH |
| ukHtI AdiEla |
| dR kaDir |
| fAdHli |
| kAk nAd |
| AjIdA |
| ibNuHazAm |
|ukHti MazilAh |
| uKhTi AmY |
| aKhI JijI |
| sHahIr |
| HatA |
| cHe TiE |
| HandZalaH |
| aKhi MokhZanI |




LInK


| eX-BukhARi SHAMS 2001 |
| tOkuYAMa KouSeN |
| ISI TokYo |
| tAfSiR iBnU kAtHiR |
| hAlaL fOoD iN jApaN |
| uTusAn MelAyU |
| pErsAtuAN PelaJar dI JepUn |
| tAzKirAh onLinE |
| suRfiN` yaHoO |
surFIn` mSn
| isLamIc VoIcE |
| saLuRaN RtM |
| BeRitA haRiaN |
| uNiverSity in JApaN |
| QurAn TransLatiOn |
| TenGoK TV MaLaySiA |
| TrAnUnG KitE |
| AlWaN ComIcS |


sEnYum dI sInI


| LatiHan meMukUl NyamUk |
| EliKoPtEr |
| AcNo |
| NaSyiD ArAB |
| Mp3 MalAY n nAsYid 1 |
| Mp3 maLaY n NaSyid 2 |


JoIn GrOup


| mUsLimAt IPIJ |
| grOup IPIJ |
| Ex- PPktJ |


Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

( Al-Baqarah : 212 )


(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

( Al-Haqqah : 30-33 )


O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

( Al-Baqarah : 254 )


sAnTaPaN HaTi








If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, March 03, 2007
Blog berpindah ..

BismiLLAH

Blog ini sudah berpindah ke http://syaheerah.blogspot.com . Tahun baru , blog baru . Yang lebih cerah tanpa sebarang kekelaman dan kegelapan . Big Smile


Posted at 09:13 am by syasyaheerah
ape kate anda?  

Wednesday, January 24, 2007
Saat hati merembeskan rasa-rasa pelik

BismiLLAH

Lagi 2 hari sebelum menjelang nya hari presentation untuk sotsugyou kenkyuu (graduation research) .. dan saat-saat macam ni lah banyak rasa-rasa dan kejadian aneh yang keluar . Keadaan tambah kalut bila giliran siap dengan minit dan pukul semua dah pun dikeluarkan sebentar tadi .

Giliran kena hari ke dua 26 Jan pukul 10:54 - 11:07 .. mudahan nya ALLAH mudahkan seperti presentation time mid sem lepas .  Hari ni ichiyou bahan untuk present dah siap dan seperti biasa menjadi manusia pelik buat present pakai flash saat budak lain semua pakai powerpoint . Biaselah kita kena buat tajdid sikit . Sampai bila nak mengharapkan powerpoint aje dak . Kalau nak tengok flash nye , boleh alihkan mata anda ke link ini . Sape nak tiru boleh , silakan . (seruan tajdid)

http://www.justuploadit.com/files/197/i4syaheerah.swf

( Klik bola lompat2 tu untuk masuk (tunggu bola stop dulu) , klik kotak merah bwh board untuk kembali ke main )

Dan nak statekan jugak , Sugimura Sensei yang sangat baik itu memang terbukti baik nya . Seakan2 memahami kami tengah bedebar , dia bagi satu karung besar buah limau . Dia cakap kalau duk bedebar xdpt ape2 , baik makan limau . Jadi 2-3 hari ni , limau ni aje kami makan tapi sampai sekarang tiada lagi tanda2 sakit perut akan datang dengan asbab nya makan limau ini . Thank you sensei . Jasamu dikenang (Walaupun sensei xpaham bm).

Ini lah kali pertama dan terakhir bergambar dgn sensei , waktu ni ambik gambar untuk graduation album , yang tukang amik gmbar tu suruh wat aksi pelik , so sensei pun dengan pelik nya pegi ambik headphone 3 bijik , pastu dia suruh pakai dan dengan pelik nya(sekali lagi) dia suruh kami pandang ke kanan , dan tukang amik gambar tu yang telah berpuas hati dengan kepelikan kami , terus ambik gambar . Dan terhasillah gmbar pelik serupa ini dengan asbab kepelikan sensei tadi .  Yang lelaki tu pun satu lab . Kami berdua je lab ni .

Limau yang xhabis2

ps : bila bace balik entry ni , bahsa melayu mcm sgt teruk . Kanben shite kudasai .

Posted at 03:21 pm by syasyaheerah
ape kate anda?  

Tuesday, January 09, 2007
Araenai Kuroi Kokoro-- Hati hitam yang tak boleh di cuci

BismiLLAH

Pernah menulis untuk entry ini sepanjang 4 helai Microsoft words , lalu kerana computer bermasalah , tanpa sempat di save ia hilang sekelip mata . Lalu dari itu , saya mengambil pengajaran untuk tidak terlalu "berani" mempertaruhkan nyawa tulisan saya kepada laptop buatan Toshiba yang sudah agak berumur ini . Control-S menjadi button karib saya .

******************************************

Kalam paling indah saya panjatkan , alhamduliLLAH dengan nikmat-nikmat ALLAH yang tidak pernah putus-putus membuat saya bahagia . Manakan tidak saya bahagia dikurniakan mata untuk melihat bait-bait huruf yang saya taip ini . Manakan tidak saya bahagia dikurniakan sepuluh jari yang menari-nari di keyboard mencetak apa yang bermain-main di kepala ini ke ruang maya . Manakan tidak saya bahagia kerana masih dikurnia ALLAH kesihatan yang baik sedang ramai menderita kesakitan di luar sana . Manakan tidak saya bahagia ..

Nikmat-nikmat penuh ajaib ini sering buat saya berfikir . Berfikir tentang kemungkinan suatu hari ia akan hilang ditarik pencipta . Bagaimanakah diri saya ketika itu . Bahagiakah saya ..

Dingin di bumi Tokuyama ini sering membuat saya terasa diri berada di dalam peti ais . Hebatnya aircond ALLAH . Saya sering melihat langit ketika menggigil mengatur langkah ke kelas . Saya lihat matahari . Matahari sepanas itu pun tidak dapat memanaskan bumi Tokuyama ini . Sekali lagi saya terasa ALLAH itu hebat . SubhanALLAH .. Betapa setiap saat yang kita lalui itu adalah penuh dengan kebesaran ALLAH . Cuma bergantung kepada kesediaan kita untuk mengubah SIKAP untuk tidak berkhayal benda sia-sia dan menukarkan nya kepada renungan terhadap kehebatan Pencipta .

Hanya tinggal lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk saya mengucapkan "sayounara" kepada bumi bertuah ini . 4 tahun ini ternyata berlalu begitu pantas tanpa menghiraukan jeritan saya minta di nanti . Ternyata masa sekarang sudah boleh berlari sehebat cheetah . Jadi mana mungkin kita dapat mengejar masa jika kita hanya mengatur langkah seperti ayam serama dikejar cicak ? 

4 tahun ini menjadi ghuroba` di bumi sakura ini meninggalkan terlalu banyak kemanisan juga kepahitan . Juga pengalaman bekerja dalam IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) yang sememang nya banyak mentarbiyah diri ini sehingga lah menjadi seorang syaheerah yang boleh berdiri sendiri hari ini . IPIJ terlalu banyak berjasa . Kemanisan ukhuwwah dalam setiap detik bersama sahabat-sahabat dalam IPIJ tidak mungkin dapat dilupakan hingga ke hujung nyawa . Betullah yang dikatakan ukhuwwah Islamiah yang dipasakkan di satu paksi menaikkan nama ALLAH itu semanis halwa juga sungguh bermakna . InsyaALLAH walaupun jasad berjauhan , tujuan kita masih sama , hati kita masih sekata .

Balik Malaysia

Pulang nya diri ke Malaysia pada akhir Mac ini mempunyai banyak misi . Misi yang masih belum pun selesai dan tertangguh sekian lama dek kerana memenuhi komitmen dunia . Semoga ALLAH memudahkan perjalanan ke arah berjaya nya semua misi-misi ini . InsyaALLAH saya akan terus menulis walaupun berada di Malaysia nanti menceritakan berkenaan perbezaan jalan dakwah di Malaysia jika nak dibandingkan di bumi Jepun ini .

Pulang nya diri ini ke Malaysia juga menuntut banyak komitmen . Komitmen sebagai anak kepada umi abah yang mengharapkan dapat merasa rezeki hasil dari anak nya sendiri . Komitmen sebagai seorang kakak kepada 9 orang adik . Juga komitmen sebagai seorang kuli kepada seorang bos . Juga komimen-komitmen lain yang bakal dicipta dan tercipta tanpa rela atau tidak . Semoga ALLAH memberikan kemudahan . Ameen .

Hati hitam (•‚¢Sj

Tertarik dengan petikan dari baris terakhir salah satu hadis dari hadis 40 iaitu hadis 6

.... Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Pernah terdengar seorang ustaz mengatakan , bahawa hati yang kotor itu warna nya hitam legam dan sukar untuk dibasuh . Seringkali beliau menyatakan rasa malu untuk memakai jubah putih kerana malu dengan ALLAH .. bila ditanya mengapa , katanya warna putih ini tidak layak untuk saya , kerana dia merasakan hati nya tidak sebersih warna jubah itu . Saya mula berfikir , seorang ustaz yang alim dan banyak ilmu nya mengucapkan kata-kata sedemikian , bahkan lagi diri saya yang masih terumbang ambing mencari arah ini ?

Sejak itu , saya selalu membayangkan bagaimanakah agaknya rupa hati saya . Adakah sehitam kopi . Tapi jika kopi tumpah masih boleh di cuci . Bagaimanakah hitam yang tidak dapat dicuci itu? Saya jadi takut membayangkan itu semua . Saya takut jika hitam nya hati saya ini tidak dapat di cuci . Saya takut azab ALLAH . Saya takut ALLAH akan tanyakan nanti di Hari Kiamat kenapa hati saya menjadi sehitam itu . Saya takut ALLAH ..

Mudahan kita selalu muhasabah diri kita untuk selalu berada di jalan yang betul , di bawah rahmat ALLAH ta`ala . Semoga bukan saja hari ini kita menangis kerana takutkan ALLAH , tetapi juga sampai menutup mata sekalipun biarlah kita mengucap menyebut nama ALLAH dalam keadaan penuh takwa yakni takut akan azab dan kemurkaan ALLAH pada kita . Semoga ALLAH memudahkan hati-hati yang mahu dekat dengan NYA ..

Saat nasihat di acu
yang hati batu meronta tak mahu
yang hati keras enggan membalas
yang hati lemah geleng mengalah
yang hati terang menerima tenang
yang hati tenang ALLAH sayang ..

wALLAHua`lam

****************************************

*Hari ni start sekolah dah setelah kalut ber winter vacation

*Ketika Home Room siang tadi , Fujita Sensei yang sangat marah dengan pelajar-pelajar yang bising menjerit dengan kata-kata yang cukup jarang disebut oleh mana-mana sensei . (because japanese is too soft in speaking - jarang straight to the point)

>> kuchi wo tojite , kao wo steji no hou ni muite kudasai yo ( tutup mulut anda dan halakan muka anda ke arah stage)  --> biasenya sensei lain ckp "tolong diam" je  . Tapi mungkin sebab marah

Posted at 11:49 pm by syasyaheerah
Comments (6)  

Friday, December 01, 2006
ALLAH knows ..

BismiLLAH..

 

AlhamduliLLAH berjaya menyiapkan lagi flash work , mudahan menjadi asbab kepada walau sedikit kebaikan insyaALLAH..Kerana kelemahan diri sendiri , mungkin flash ini tidaklah begitu canggih jadi ada beberapa perkara yg perlu di ambil perhatian sblm memainkan nya .

 

1)   B ila dh habis terdownload  --> Untuk mula dengar , klik play dan untuk stop sound klik butang stop (sblh play) . Untuk replay pun kena klik stop dulu baru klik play balik .

2)    Di bahagian lirik yg mempunyai chorus , letak cursor mouse anda di atas perkataan chorus untuk display kan lyric untuk chorus .

 

**(Harap dpt sabar menunggu flash ini di download , sbb saiz nye yg agak besar(6MB).. )

**Kalau xdapat play juga , boleh trus tgk di link ini

 

Semoga bait2 nasheed ini membuat kita sedar yang tiap gerak geri kita sama ada ia nya baik atau tidak , sentiasa di bawah pemerhatian pencipta maha kuasa ALLAH swt.

 

ALLAH knows best .

 

 


 

Posted at 05:54 pm by syasyaheerah
ape kate anda?  

Wednesday, November 29, 2006
Proud to b a MUSLIM..

BismiLLAH..

 

 tertarik dengan lagu dari Zain Bhikha  - Im a muslim .. dengar dan fikir .. fikir dan sedar .. sedar dan bertindak !

 

p/s : Play untuk main kan lagu nya

 

 

 
Writing error : The life i died -- The life i led

Posted at 10:32 am by syasyaheerah
ape kate anda?  

Friday, November 24, 2006
Kenapa aku yang di uji?

BismiLLAH

 

Syukur pada RabbulA`lamiin untuk hari baru yang indah.. pujian untuk Rabb Maha Perkasa untuk ketenangan hari ini..

AlhamduliLLAH .. AlhamduliLLAH..

 

Sya hanya ingin berkongsi apa yg sya baru saja terfikir .. Secara logik nya , bila sya bergelut dengan dunia sya , pasti orang-orang lain juga bergelut dengan dunia mereka .. ape yg sya cube cakap di sini , setiap orang punya cerita hidup mereka masing2 dan bayangkan berapa bilion manusia dalam dunia ni , bermakna ada berbilion juga kisah-kisah hidup mereka .. dan sudah tentunya yang menentukan perjalanan kisah hidup mereka adalah ALLAH swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa . Dan bayangkan lah betapa hebatnya ALLAH itu dapat handle semua nya tanpa sedikit cela nya pun.. subhanALLAH..

 

Di saat kita di beri ALLAH kesedihan dan pastinya kesedihan tu adalah satu dugaan , tidak tefikirkah kita dalam ramai2 manusia dalam dunia ni , ALLAH pilih kita untuk di uji? betapa ALLAH masih lg ingat+concern pada kita .. berapa ramai org dalam dunia ni yang xde di bagi ujian pun .. sering kdg2 kite bertanye , kenapa aku yang di uji? tu maknanya ALLAH tahu yang kite mampu hadapi nya dan bergantung pada diri kite sama ada kite berjaya hadapi nya atau tak! kalau kite berjaya pasti sayang ALLAH pada kita akan kita dapat ..

 

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

 

Kalau kita ambil contoh yang mudah , dalam satu sekolah , untuk pertandingan basketbol .. sensei(cikgu) pilih org2 yang berbakat untuk masuk sesi ujian .. sensei pilih kite sbb sensei tahu kite berbakat dan mampu untuk hadapi sesi ujian ni..yang orang lain tu sensei xpilih sbb xde bakatlah kan.. jadi kite dah tahu kita nk di uji ni , kite kenalah berusaha supaya nanti boleh menang lawan basket bol .. bila menang basket bol , mesti sensei sayang kite kan? begitulah perumpamaan nya..

 

Jadi , jgnlah sesekali kita mudah sangat putus asa bila di beri ujian.. ALLAH bagi kite sakit , kenapa? sebab DIA nak tgk kita berusaha dan jadi manusia yang lebih kuat dalam keadaan sedikit demi sedikit proses kifarah dosa itu berjalan.. betapa pemurah nya ALLAH kan? bersangka baiklah dengan ALLAH.. DIA sayang kita .. DIA kasih kita melebihi seorang ibu sayangkan anak nya.. melebihi seorang kekasih sayangkan kekasihnya ! pergilah cinta dunia sementara .. datanglah cinta ALLAH selamanya..

 

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi..

 

Posted at 02:53 pm by syasyaheerah
Comments (2)  

Tuesday, November 21, 2006
Al-Haqqah ayat 13-18

 

BismiLLAH .. pujian untuk ALLAH , Tuhan semesta alam yang berkuasa dengan penuh kekuasaan ..

 

Kali ini kita lihat tafsiran ayat dari surah Al Haqqah(hari Kiamat) ayat 13-18 .. Sya menggunakan tafsir Ibn kathir yang sya terjemahkan dari English ke melayu dari link ini .

 

 

13 : Maka apabila sangkakala di tiup sekali tiup .

 

Dalam ayat ini , ALLAH menyatakan kengerian yang akan berlaku ketika Hari Kiamat . Ia nya akan di bermula dengan tiupan sangkakala pertama hanya dengan sekali tiup yang amat dasyat yang akan membuatkan semua makhluk dan bumi akan musnah dan hancur sama sekali kecuali mereka yang di selamatkan atas izin ALLAH . Di tegaskan di sini tiupan itu hanye dengan sekali tiup untuk menunjukkan yang perintah ALLAH itu tidak boleh di lawan atau di halang dan ia tidak perlu di ulang atau di tekan . Bila ALLAH mengkehendaki bumi ini musnah , hanya dengan sekali tiup shj sudah bisa menghancurkan seluruh alam semesta . Oleh sebab itu , ALLAH berfirman :

 

14 : dan diangkatlah bumi dan gunung ganang , lalu dibenturkan keduanya sekali bentur .

 

Ibn kathir mentafsirkan yang permukaan bumi ini akan di tarik kuat2 dan bumi ini akan berubah menjadi sesuatu yang lain dari Bumi itu sendiri .

 

15 : Maka pada hari itu terjadilah kiamat . (hari pembalasan)

 

16 : dan terbelah lah langit , kerana pada hari itu langit menjadi lemah .

 

Mengenai ayat ini , ibn Jurayj berkata yang ayat ini menyerupai firman ALLAH (78:19) yang bermaksud " dan dibukalah langit ,maka terdapat beberapa pintu " dan ibn 'Abbas ada menyebut yang langit akan dikoyak dan Yang Berkuasa akan berada berhampiran dengan nya "

 

17 : Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit . Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhan mu di atas (kepala) mereka .

 

Perkataan "Malak" merujuk kepada malaikat-malaikat yang berkumpul dan berdiri di penjuru langit (syurga) . Ar Rabi' bin Anas mentafsirkan ayat ini menunjukkan yang malaikat-malaikat akan berdiri di atas permukaan yang di buat drpd debu-debu syurga sambil melihat makhluk-makhluk di Bumi .

 

18 : Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu) , tiada sesuatu pun dari keadaan mu yang tersembunyi (bagi ALLAH) .

 

Ibn Kathir menerangkan ayat ini menyebut yang semua manusia akan di hadapkan kepada ALLAH yang maha Mengetahui segala rahsia dan peribadi manusia . Dia lah juga yang mengetahui setiap sesuatu sama ada ia nya nyata , rahsia mahupun tersembunyi . Dan untuk menegaskan perkara inilah ALLAH menyebut "tiada sesuatu pun dari keadaan mu yang tersembunyi (bagi ALLAH)" . Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Musa yang RasuluLLAH saw bersabda :

 

Manusia akan di mengalami 3 peringkat di hari Akhirat . Dua peringkat yang pertama adalah peringkat mengadili semua amalan sama ada kebaikan atau keburukan (dosa) mereka di dunia . Dan peringkat yang ke 3 , buku amalan mereka akan terbang ke tangan mereka . Ada antara mereka yang menerima buku mereka di tangan kanan dan ada di tangan kiri .

 

Hadith Riwayat Ibn Majah dan At Tirmidhi

 

 

Cukuplah 6 ayat tafsiran Ibn Kathir untuk buat kita sedar jika buku amalan kita terbang ke tangan kiri , maka jawabnya tidak lain dan tidak bukan tempat kita adalah NERAKA .. Kita masih boleh membaca tafsir-tafsir ini .. bermakna kita juga masih boleh bernafas dan pasti nya bernyawa !  Dan itu juga bermakna kita masih punya peluang untuk menerbangkan buku amalan kita ke tangan kanan .. walaupun kita tahu , semua ketentuan itu adalah hak milik penuh ALLAH swt , namun usaha untuk membuatkan ALLAH sayang pada kita , usaha untuk membuatkan hati kita dekat pada NYA sangat2 boleh kita usahakan bukan ? kerana mungkin esok , atau seminit selepas ini ALLAH akan menarik nyawa kita , usahlah bertangguh untuk merenung kebesaran ALLAH dan mensyukuri nya dengan amalan-amalan ibadah ikhlas untuk ALLAH dan isitiqomah pastinya !

 

ALLAH knows best

 

Posted at 09:59 pm by syasyaheerah
Comments (2)  

bila datang kembali..

 

Bila datang kembali

rasa rindu

hati gundah

hati gulana

gila

rasa rasa begitu

remeh

jengkel

 

mengapa tidak

tukarkan rindu

yg datang itu

dengan rindu

tak berkesudahan

untuk pencipta

Maha agung

maha kuasa

pasti indah

aman

Posted at 03:18 pm by syasyaheerah
Comment (1)  

Sunday, November 19, 2006
Bila nyawa sudah tiada ..

BismiLLAH ..

 

AlhamduliLLAH syukur pada ALLAH.. syukur pada ALLAH.. fikirkan tentang jasad di barzakh ini ..

 

Bila nyawa sudah tiada

baru hendak berteriak

bagi aku peluang

aku merayu

 

tapi sayang

yang mendengar hanyalah jengking berbisa

yang mendengar hanyalah ular bertuba

 

Bila nyawa sudah tiada

baru hendak menyesal

kalaulah aku menutup auratku dulu

kalaulah aku taat pada umi dulu

 

tapi sayang

pintu taubat tertutup rapat

sesal di rasa tak punye tempat

rambut di tarik di bakar hebat

panas dan panas , azab dan azab .. 

 

Bila nyawa sudah tiada

baru hendak takutkan azab ALLAH

aku takut ya ALLAH

jangan seksa aku

 

tapi sayang

tali datang memintal anggota

peluh merejih gelap gelita

 

Bila nyawa sudah tiada

baru hendak ingatkan dosa

aku berdosa

aku hina

 

tapi sayang

bila nyawa sudah tiada

semua nya sudah terlambat

bersedialah untuk di campak ke neraka azab terhebat !

 

Jadi di kala nafas ni masih ALLAH beri peluang untuk di hela oleh kita , sedarlah .. yang nikmat ALLAH itu banyak dan bilang lah apa saja yang kita buat untuk menunjukkan rasa syukur kita .. sama ada benda tu wajib atau sunat .. bilanglah.. dan bandingkan dengan apa saja yang kita nikmati sepanjang hidup ini .. sudah cukup kah?

 

Semoga ALLAH memimpin diri ini juga diri semua sahabat ke jalan yang benar dan di redhoi .. WALLAHua`lam

 

Posted at 02:36 pm by syasyaheerah
Comment (1)  

Saturday, October 21, 2006
How to perform Tahajjud [ 2 ]

 

BismiLLAH..

 

       Eid Mubarak to all muslims as we will celebrate the day for more 2 days.. Ill continue the second part of "How to perform Tahajjud" and as i said before , i ll translate the article from islam online to malay but for those who want the english version of the article , hit the link that i ll write in the end of this entry . Shuuchuu shite yomimashou*..

 

 

********************************

 

 

Etika dalam solat tahajjud

 

 

3)  Elok jika di mulakan solat malam itu dengan solat sunat 2 rakaat dan diikuti solat2 yang lain selepasnya . Aishah radhiallahu`anhu berkata  :

 

"Apabila baginda Rasulullah saw menunaikan solat malam , baginda akan mulakannya dengan solat sunat 2 rakaat terlebih dahulu "

Riwayat Muslim

 

 

4) Adalah digalakkan seseorang itu mengejutkan ahli keluarga nya yg lain seperti di sebut dalam hadis dari Abu Hurairah yang Rasulullah saw pernah bersabda :

 

"Semoga ALLAH akan melindungi dan merahmati lelaki yang bangun untuk solat pada waktu malam dan mengejutkan isteri nya  . Jika dia enggan untuk bangun , renjiskanlah air ke mukanya . Dan semoga ALLAH juga merahmati perempuan yang bangun untuk solat pada waktu malam dan mengejutkan suaminya , jika dia enggan bangun renjiskanlah air ke muka nya "

 

Baginda Rasulullah saw juga bersabda :

 

"Jika lelaki mengejutkan isterinya di malam hari atau mengerjakan solat 2 rakaat berjemaah , mereka akan dicatatkan sebagai antara orang2 yang berterusan mengingati ALLAH "

Riwayat Abu Dawud

 

 

5) Apabila seseorang merasa mengantuk semasa mengerjakan tahajjud , dia seharusnya tidur . Ini adalah berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aishah radhiALLAHua`nhu yang Rasulullah saw ada bersabda :

 

"Apabila engkau bangun untuk solat pada waktu malam dan dia membaca al quran dengan berterabur sehingga dia tidak tahu apa yang dia katakan , dia harus membaringkan diri nya "

Riwayat Muslim

 

 

    Solat tahajjud boleh ditunaikan pada awal malam , di pertengahan malam , atau pada lewat malam , tapi mestilah selepas mengerjakan solat fardhu Isya` . Apabila menggambarkan bagaimana Rasulullah saw mengerjakan solat , Anas RadhiALLAHua`nhu berkata :

 

"Jika kita ingin melihat Rasulullah saw solat pada waktu malam , kita boleh melihat baginda bersolat . Jika kita mahu melihat baginda tidur pada watu malam , kita juga boleh melihat baginda tidur . Dan kadangkala kita boleh melihat baginda berpuasa banyak hari sehingga kita merasakan baginda tidak meninggalkan seharipun puasa pada bulan itu . Dan kadangkala baginda tidak berpuasa (untuk banyak hari) sehingga kita akan merasakan baginda tidak berpuasa dalam  bulan itu . "

Riwayat Ahmad , Al Bukhari dan An Nasa`i

 

 

Dalam membincangkan berkenaan hadis ini , Ibnu Hajar berkata :

 

"Tidak ada waktu yang khas untuk Rasulullah saw menunaikan solat malam nyfra , tetapi baginda akan melakukan perkara yang baginda fikirkan paling mudah bagi nya "

 

*************************

 

     We will continue the next part of this article in the next entry insyaALLAH.. and ive been asked about the reason id translated this article ..  As for me ,  not all of the malaysians can understand the english article easily.. maybe there are some peoples who need to open the dictionary all the time like me . So i just wanna u let me open the dictionary for u !

 

*shuuchuu shite yomimashou = bacelah dgn penuh kosentrasi

 

Resource (english Version)

 

Wassalam

 

Posted at 07:56 pm by syasyaheerah
ape kate anda?  

Next Page