<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "000000"; google_color_bg = "000000"; google_color_link = "FFFFFF"; google_color_url = "FFFFFF"; google_color_text = "FFFFFF"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center>> Tokuyama Darul Iman ..

::BismiLLAHirrahmaanirrahiim:: Selalu Kita Manjakan Mata Memandang Keindahan .. Kita Akan Mudah Lupa.. Pujuklah Mata Memandang Kedhaifan.. InsyaAllah Kita Akan Selalu Beringat.. Feel free to visit my current site http://syaheerah.multiply.com

Musafir Kelana
Tokuyama Darul Iman


GOOD SOURCE




<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31






Waktu Jepun

 
 



toModAchi nO LinK


| kAk SArAH |
| ukHtI AdiEla |
| dR kaDir |
| fAdHli |
| kAk nAd |
| AjIdA |
| ibNuHazAm |
|ukHti MazilAh |
| uKhTi AmY |
| aKhI JijI |
| sHahIr |
| HatA |
| cHe TiE |
| HandZalaH |
| aKhi MokhZanI |




LInK


| eX-BukhARi SHAMS 2001 |
| tOkuYAMa KouSeN |
| ISI TokYo |
| tAfSiR iBnU kAtHiR |
| hAlaL fOoD iN jApaN |
| uTusAn MelAyU |
| pErsAtuAN PelaJar dI JepUn |
| tAzKirAh onLinE |
| suRfiN` yaHoO |
surFIn` mSn
| isLamIc VoIcE |
| saLuRaN RtM |
| BeRitA haRiaN |
| uNiverSity in JApaN |
| QurAn TransLatiOn |
| TenGoK TV MaLaySiA |
| TrAnUnG KitE |
| AlWaN ComIcS |


sEnYum dI sInI


| LatiHan meMukUl NyamUk |
| EliKoPtEr |
| AcNo |
| NaSyiD ArAB |
| Mp3 MalAY n nAsYid 1 |
| Mp3 maLaY n NaSyid 2 |


JoIn GrOup


| mUsLimAt IPIJ |
| grOup IPIJ |
| Ex- PPktJ |


Beautified is the life of this world for those who disbelieve and they mock at those who believe. But those who obeys Allah`s orders and keep away from what He has forbidden , will be above them on the Day of Resurrection. And Allah gives (of His Bounty Blessings Favours Honours on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.

( Al-Baqarah : 212 )


(It will be said):"Seize him and fetter him .Then throw him in a blazing fire. Then fasten him with a chain whereof the length is seventy cubits! Verily he used not to believe in Allah ,the Most Great..

( Al-Haqqah : 30-33 )


O you who believe! Spend of that with which We have provided for you , before a Day comes when there will be no bargaining ,nor friendship nor intercession.And it is the disbelievers who are Zalimun (wrong doers).

( Al-Baqarah : 254 )


sAnTaPaN HaTi








If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, March 03, 2007
Blog berpindah ..

BismiLLAH

Blog ini sudah berpindah ke http://syaheerah.blogspot.com . Tahun baru , blog baru . Yang lebih cerah tanpa sebarang kekelaman dan kegelapan . Big Smile



Posted at 09:13 am by syasyaheerah
ape kate anda?  

Wednesday, January 24, 2007
Saat hati merembeskan rasa-rasa pelik

BismiLLAH

Lagi 2 hari sebelum menjelang nya hari presentation untuk sotsugyou kenkyuu (graduation research) .. dan saat-saat macam ni lah banyak rasa-rasa dan kejadian aneh yang keluar . Keadaan tambah kalut bila giliran siap dengan minit dan pukul semua dah pun dikeluarkan sebentar tadi .

Giliran kena hari ke dua 26 Jan pukul 10:54 - 11:07 .. mudahan nya ALLAH mudahkan seperti presentation time mid sem lepas .  Hari ni ichiyou bahan untuk present dah siap dan seperti biasa menjadi manusia pelik buat present pakai flash saat budak lain semua pakai powerpoint . Biaselah kita kena buat tajdid sikit . Sampai bila nak mengharapkan powerpoint aje dak . Kalau nak tengok flash nye , boleh alihkan mata anda ke link ini . Sape nak tiru boleh , silakan . (seruan tajdid)

http://www.justuploadit.com/files/197/i4syaheerah.swf

( Klik bola lompat2 tu untuk masuk (tunggu bola stop dulu) , klik kotak merah bwh board untuk kembali ke main )

Dan nak statekan jugak , Sugimura Sensei yang sangat baik itu memang terbukti baik nya . Seakan2 memahami kami tengah bedebar , dia bagi satu karung besar buah limau . Dia cakap kalau duk bedebar xdpt ape2 , baik makan limau . Jadi 2-3 hari ni , limau ni aje kami makan tapi sampai sekarang tiada lagi tanda2 sakit perut akan datang dengan asbab nya makan limau ini . Thank you sensei . Jasamu dikenang (Walaupun sensei xpaham bm).

Ini lah kali pertama dan terakhir bergambar dgn sensei , waktu ni ambik gambar untuk graduation album , yang tukang amik gmbar tu suruh wat aksi pelik , so sensei pun dengan pelik nya pegi ambik headphone 3 bijik , pastu dia suruh pakai dan dengan pelik nya(sekali lagi) dia suruh kami pandang ke kanan , dan tukang amik gambar tu yang telah berpuas hati dengan kepelikan kami , terus ambik gambar . Dan terhasillah gmbar pelik serupa ini dengan asbab kepelikan sensei tadi .  Yang lelaki tu pun satu lab . Kami berdua je lab ni .

Limau yang xhabis2

ps : bila bace balik entry ni , bahsa melayu mcm sgt teruk . Kanben shite kudasai .


Posted at 03:21 pm by syasyaheerah
ape kate anda?  

Tuesday, January 09, 2007
Araenai Kuroi Kokoro-- Hati hitam yang tak boleh di cuci

BismiLLAH

Pernah menulis untuk entry ini sepanjang 4 helai Microsoft words , lalu kerana computer bermasalah , tanpa sempat di save ia hilang sekelip mata . Lalu dari itu , saya mengambil pengajaran untuk tidak terlalu "berani" mempertaruhkan nyawa tulisan saya kepada laptop buatan Toshiba yang sudah agak berumur ini . Control-S menjadi button karib saya .

******************************************

Kalam paling indah saya panjatkan , alhamduliLLAH dengan nikmat-nikmat ALLAH yang tidak pernah putus-putus membuat saya bahagia . Manakan tidak saya bahagia dikurniakan mata untuk melihat bait-bait huruf yang saya taip ini . Manakan tidak saya bahagia dikurniakan sepuluh jari yang menari-nari di keyboard mencetak apa yang bermain-main di kepala ini ke ruang maya . Manakan tidak saya bahagia kerana masih dikurnia ALLAH kesihatan yang baik sedang ramai menderita kesakitan di luar sana . Manakan tidak saya bahagia ..

Nikmat-nikmat penuh ajaib ini sering buat saya berfikir . Berfikir tentang kemungkinan suatu hari ia akan hilang ditarik pencipta . Bagaimanakah diri saya ketika itu . Bahagiakah saya ..

Dingin di bumi Tokuyama ini sering membuat saya terasa diri berada di dalam peti ais . Hebatnya aircond ALLAH . Saya sering melihat langit ketika menggigil mengatur langkah ke kelas . Saya lihat matahari . Matahari sepanas itu pun tidak dapat memanaskan bumi Tokuyama ini . Sekali lagi saya terasa ALLAH itu hebat . SubhanALLAH .. Betapa setiap saat yang kita lalui itu adalah penuh dengan kebesaran ALLAH . Cuma bergantung kepada kesediaan kita untuk mengubah SIKAP untuk tidak berkhayal benda sia-sia dan menukarkan nya kepada renungan terhadap kehebatan Pencipta .

Hanya tinggal lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk saya mengucapkan "sayounara" kepada bumi bertuah ini . 4 tahun ini ternyata berlalu begitu pantas tanpa menghiraukan jeritan saya minta di nanti . Ternyata masa sekarang sudah boleh berlari sehebat cheetah . Jadi mana mungkin kita dapat mengejar masa jika kita hanya mengatur langkah seperti ayam serama dikejar cicak ? 

4 tahun ini menjadi ghuroba` di bumi sakura ini meninggalkan terlalu banyak kemanisan juga kepahitan . Juga pengalaman bekerja dalam IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) yang sememang nya banyak mentarbiyah diri ini sehingga lah menjadi seorang syaheerah yang boleh berdiri sendiri hari ini . IPIJ terlalu banyak berjasa . Kemanisan ukhuwwah dalam setiap detik bersama sahabat-sahabat dalam IPIJ tidak mungkin dapat dilupakan hingga ke hujung nyawa . Betullah yang dikatakan ukhuwwah Islamiah yang dipasakkan di satu paksi menaikkan nama ALLAH itu semanis halwa juga sungguh bermakna . InsyaALLAH walaupun jasad berjauhan , tujuan kita masih sama , hati kita masih sekata .

Balik Malaysia

Pulang nya diri ke Malaysia pada akhir Mac ini mempunyai banyak misi . Misi yang masih belum pun selesai dan tertangguh sekian lama dek kerana memenuhi komitmen dunia . Semoga ALLAH memudahkan perjalanan ke arah berjaya nya semua misi-misi ini . InsyaALLAH saya akan terus menulis walaupun berada di Malaysia nanti menceritakan berkenaan perbezaan jalan dakwah di Malaysia jika nak dibandingkan di bumi Jepun ini .

Pulang nya diri ini ke Malaysia juga menuntut banyak komitmen . Komitmen sebagai anak kepada umi abah yang mengharapkan dapat merasa rezeki hasil dari anak nya sendiri . Komitmen sebagai seorang kakak kepada 9 orang adik . Juga komitmen sebagai seorang kuli kepada seorang bos . Juga komimen-komitmen lain yang bakal dicipta dan tercipta tanpa rela atau tidak . Semoga ALLAH memberikan kemudahan . Ameen .

Hati hitam (•‚¢Sj

Tertarik dengan petikan dari baris terakhir salah satu hadis dari hadis 40 iaitu hadis 6

.... Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Pernah terdengar seorang ustaz mengatakan , bahawa hati yang kotor itu warna nya hitam legam dan sukar untuk dibasuh . Seringkali beliau menyatakan rasa malu untuk memakai jubah putih kerana malu dengan ALLAH .. bila ditanya mengapa , katanya warna putih ini tidak layak untuk saya , kerana dia merasakan hati nya tidak sebersih warna jubah itu . Saya mula berfikir , seorang ustaz yang alim dan banyak ilmu nya mengucapkan kata-kata sedemikian , bahkan lagi diri saya yang masih terumbang ambing mencari arah ini ?

Sejak itu , saya selalu membayangkan bagaimanakah agaknya rupa hati saya . Adakah sehitam kopi . Tapi jika kopi tumpah masih boleh di cuci . Bagaimanakah hitam yang tidak dapat dicuci itu? Saya jadi takut membayangkan itu semua . Saya takut jika hitam nya hati saya ini tidak dapat di cuci . Saya takut azab ALLAH . Saya takut ALLAH akan tanyakan nanti di Hari Kiamat kenapa hati saya menjadi sehitam itu . Saya takut ALLAH ..

Mudahan kita selalu muhasabah diri kita untuk selalu berada di jalan yang betul , di bawah rahmat ALLAH ta`ala . Semoga bukan saja hari ini kita menangis kerana takutkan ALLAH , tetapi juga sampai menutup mata sekalipun biarlah kita mengucap menyebut nama ALLAH dalam keadaan penuh takwa yakni takut akan azab dan kemurkaan ALLAH pada kita . Semoga ALLAH memudahkan hati-hati yang mahu dekat dengan NYA ..

Saat nasihat di acu
yang hati batu meronta tak mahu
yang hati keras enggan membalas
yang hati lemah geleng mengalah
yang hati terang menerima tenang
yang hati tenang ALLAH sayang ..

wALLAHua`lam

****************************************

*Hari ni start sekolah dah setelah kalut ber winter vacation

*Ketika Home Room siang tadi , Fujita Sensei yang sangat marah dengan pelajar-pelajar yang bising menjerit dengan kata-kata yang cukup jarang disebut oleh mana-mana sensei . (because japanese is too soft in speaking - jarang straight to the point)

>> kuchi wo tojite , kao wo steji no hou ni muite kudasai yo ( tutup mulut anda dan halakan muka anda ke arah stage)  --> biasenya sensei lain ckp "tolong diam" je  . Tapi mungkin sebab marah


Posted at 11:49 pm by syasyaheerah
Comments (6)  

Friday, December 01, 2006
ALLAH knows ..

BismiLLAH..

 

AlhamduliLLAH berjaya menyiapkan lagi flash work , mudahan menjadi asbab kepada walau sedikit kebaikan insyaALLAH..Kerana kelemahan diri sendiri , mungkin flash ini tidaklah begitu canggih jadi ada beberapa perkara yg perlu di ambil perhatian sblm memainkan nya .

 

1)   B ila dh habis terdownload  --> Untuk mula dengar , klik play dan untuk stop sound klik butang stop (sblh play) . Untuk replay pun kena klik stop dulu baru klik play balik .

2)    Di bahagian lirik yg mempunyai chorus , letak cursor mouse anda di atas perkataan chorus untuk display kan lyric untuk chorus .

 

**(Harap dpt sabar menunggu flash ini di download , sbb saiz nye yg agak besar(6MB).. )

**Kalau xdapat play juga , boleh trus tgk di link ini

 

Semoga bait2 nasheed ini membuat kita sedar yang tiap gerak geri kita sama ada ia nya baik atau tidak , sentiasa di bawah pemerhatian pencipta maha kuasa ALLAH swt.

 

ALLAH knows best .

 

 


 

Posted at 05:54 pm by syasyaheerah
ape kate anda?  

Next Page