BismiLLAH .. pujian untuk ALLAH , Tuhan semesta alam yang berkuasa dengan penuh kekuasaan ..
Kali ini kita lihat tafsiran ayat dari surah Al Haqqah(hari Kiamat) ayat 13-18 .. Sya menggunakan tafsir Ibn kathir yang sya terjemahkan dari English ke melayu dari link ini .
13 : Maka apabila sangkakala di tiup sekali tiup .
Dalam ayat ini , ALLAH menyatakan kengerian yang akan berlaku ketika Hari Kiamat . Ia nya akan di bermula dengan tiupan sangkakala pertama hanya dengan sekali tiup yang amat dasyat yang akan membuatkan semua makhluk dan bumi akan musnah dan hancur sama sekali kecuali mereka yang di selamatkan atas izin ALLAH . Di tegaskan di sini tiupan itu hanye dengan sekali tiup untuk menunjukkan yang perintah ALLAH itu tidak boleh di lawan atau di halang dan ia tidak perlu di ulang atau di tekan . Bila ALLAH mengkehendaki bumi ini musnah , hanya dengan sekali tiup shj sudah bisa menghancurkan seluruh alam semesta . Oleh sebab itu , ALLAH berfirman :
14 : dan diangkatlah bumi dan gunung ganang , lalu dibenturkan keduanya sekali bentur .
Ibn kathir mentafsirkan yang permukaan bumi ini akan di tarik kuat2 dan bumi ini akan berubah menjadi sesuatu yang lain dari Bumi itu sendiri .
15 : Maka pada hari itu terjadilah kiamat . (hari pembalasan)
16 : dan terbelah lah langit , kerana pada hari itu langit menjadi lemah .
Mengenai ayat ini , ibn Jurayj berkata yang ayat ini menyerupai firman ALLAH (78:19) yang bermaksud " dan dibukalah langit ,maka terdapat beberapa pintu " dan ibn 'Abbas ada menyebut yang langit akan dikoyak dan Yang Berkuasa akan berada berhampiran dengan nya "
17 : Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit . Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhan mu di atas (kepala) mereka .
Perkataan "Malak" merujuk kepada malaikat-malaikat yang berkumpul dan berdiri di penjuru langit (syurga) . Ar Rabi' bin Anas mentafsirkan ayat ini menunjukkan yang malaikat-malaikat akan berdiri di atas permukaan yang di buat drpd debu-debu syurga sambil melihat makhluk-makhluk di Bumi .
18 : Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu) , tiada sesuatu pun dari keadaan mu yang tersembunyi (bagi ALLAH) .
Ibn Kathir menerangkan ayat ini menyebut yang semua manusia akan di hadapkan kepada ALLAH yang maha Mengetahui segala rahsia dan peribadi manusia . Dia lah juga yang mengetahui setiap sesuatu sama ada ia nya nyata , rahsia mahupun tersembunyi . Dan untuk menegaskan perkara inilah ALLAH menyebut "tiada sesuatu pun dari keadaan mu yang tersembunyi (bagi ALLAH)" . Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Musa yang RasuluLLAH saw bersabda :
Manusia akan di mengalami 3 peringkat di hari Akhirat . Dua peringkat yang pertama adalah peringkat mengadili semua amalan sama ada kebaikan atau keburukan (dosa) mereka di dunia . Dan peringkat yang ke 3 , buku amalan mereka akan terbang ke tangan mereka . Ada antara mereka yang menerima buku mereka di tangan kanan dan ada di tangan kiri .
Hadith Riwayat Ibn Majah dan At Tirmidhi
Cukuplah 6 ayat tafsiran Ibn Kathir untuk buat kita sedar jika buku amalan kita terbang ke tangan kiri , maka jawabnya tidak lain dan tidak bukan tempat kita adalah NERAKA .. Kita masih boleh membaca tafsir-tafsir ini .. bermakna kita juga masih boleh bernafas dan pasti nya bernyawa ! Dan itu juga bermakna kita masih punya peluang untuk menerbangkan buku amalan kita ke tangan kanan .. walaupun kita tahu , semua ketentuan itu adalah hak milik penuh ALLAH swt , namun usaha untuk membuatkan ALLAH sayang pada kita , usaha untuk membuatkan hati kita dekat pada NYA sangat2 boleh kita usahakan bukan ? kerana mungkin esok , atau seminit selepas ini ALLAH akan menarik nyawa kita , usahlah bertangguh untuk merenung kebesaran ALLAH dan mensyukuri nya dengan amalan-amalan ibadah ikhlas untuk ALLAH dan isitiqomah pastinya !
ALLAH knows best
Posted at 09:59 pm by syasyaheerah
Permalink