|
BismiLLAH Pernah menulis untuk entry ini sepanjang 4 helai Microsoft words , lalu kerana computer bermasalah , tanpa sempat di save ia hilang sekelip mata . Lalu dari itu , saya mengambil pengajaran untuk tidak terlalu "berani" mempertaruhkan nyawa tulisan saya kepada laptop buatan Toshiba yang sudah agak berumur ini . Control-S menjadi button karib saya . ****************************************** Kalam paling indah saya panjatkan , alhamduliLLAH dengan nikmat-nikmat ALLAH yang tidak pernah putus-putus membuat saya bahagia . Manakan tidak saya bahagia dikurniakan mata untuk melihat bait-bait huruf yang saya taip ini . Manakan tidak saya bahagia dikurniakan sepuluh jari yang menari-nari di keyboard mencetak apa yang bermain-main di kepala ini ke ruang maya . Manakan tidak saya bahagia kerana masih dikurnia ALLAH kesihatan yang baik sedang ramai menderita kesakitan di luar sana . Manakan tidak saya bahagia .. Nikmat-nikmat penuh ajaib ini sering buat saya berfikir . Berfikir tentang kemungkinan suatu hari ia akan hilang ditarik pencipta . Bagaimanakah diri saya ketika itu . Bahagiakah saya .. Dingin di bumi Tokuyama ini sering membuat saya terasa diri berada di dalam peti ais . Hebatnya aircond ALLAH . Saya sering melihat langit ketika menggigil mengatur langkah ke kelas . Saya lihat matahari . Matahari sepanas itu pun tidak dapat memanaskan bumi Tokuyama ini . Sekali lagi saya terasa ALLAH itu hebat . SubhanALLAH .. Betapa setiap saat yang kita lalui itu adalah penuh dengan kebesaran ALLAH . Cuma bergantung kepada kesediaan kita untuk mengubah SIKAP untuk tidak berkhayal benda sia-sia dan menukarkan nya kepada renungan terhadap kehebatan Pencipta . Hanya tinggal lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk saya mengucapkan "sayounara" kepada bumi bertuah ini . 4 tahun ini ternyata berlalu begitu pantas tanpa menghiraukan jeritan saya minta di nanti . Ternyata masa sekarang sudah boleh berlari sehebat cheetah . Jadi mana mungkin kita dapat mengejar masa jika kita hanya mengatur langkah seperti ayam serama dikejar cicak ? 4 tahun ini menjadi ghuroba` di bumi sakura ini meninggalkan terlalu banyak kemanisan juga kepahitan . Juga pengalaman bekerja dalam IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) yang sememang nya banyak mentarbiyah diri ini sehingga lah menjadi seorang syaheerah yang boleh berdiri sendiri hari ini . IPIJ terlalu banyak berjasa . Kemanisan ukhuwwah dalam setiap detik bersama sahabat-sahabat dalam IPIJ tidak mungkin dapat dilupakan hingga ke hujung nyawa . Betullah yang dikatakan ukhuwwah Islamiah yang dipasakkan di satu paksi menaikkan nama ALLAH itu semanis halwa juga sungguh bermakna . InsyaALLAH walaupun jasad berjauhan , tujuan kita masih sama , hati kita masih sekata . Balik Malaysia Pulang nya diri ke Malaysia pada akhir Mac ini mempunyai banyak misi . Misi yang masih belum pun selesai dan tertangguh sekian lama dek kerana memenuhi komitmen dunia . Semoga ALLAH memudahkan perjalanan ke arah berjaya nya semua misi-misi ini . InsyaALLAH saya akan terus menulis walaupun berada di Malaysia nanti menceritakan berkenaan perbezaan jalan dakwah di Malaysia jika nak dibandingkan di bumi Jepun ini . Pulang nya diri ini ke Malaysia juga menuntut banyak komitmen . Komitmen sebagai anak kepada umi abah yang mengharapkan dapat merasa rezeki hasil dari anak nya sendiri . Komitmen sebagai seorang kakak kepada 9 orang adik . Juga komitmen sebagai seorang kuli kepada seorang bos . Juga komimen-komitmen lain yang bakal dicipta dan tercipta tanpa rela atau tidak . Semoga ALLAH memberikan kemudahan . Ameen . Hati hitam (•‚¢Sj Tertarik dengan petikan dari baris terakhir salah satu hadis dari hadis 40 iaitu hadis 6 .... Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Pernah terdengar seorang ustaz mengatakan , bahawa hati yang kotor itu warna nya hitam legam dan sukar untuk dibasuh . Seringkali beliau menyatakan rasa malu untuk memakai jubah putih kerana malu dengan ALLAH .. bila ditanya mengapa , katanya warna putih ini tidak layak untuk saya , kerana dia merasakan hati nya tidak sebersih warna jubah itu . Saya mula berfikir , seorang ustaz yang alim dan banyak ilmu nya mengucapkan kata-kata sedemikian , bahkan lagi diri saya yang masih terumbang ambing mencari arah ini ? Sejak itu , saya selalu membayangkan bagaimanakah agaknya rupa hati saya . Adakah sehitam kopi . Tapi jika kopi tumpah masih boleh di cuci . Bagaimanakah hitam yang tidak dapat dicuci itu? Saya jadi takut membayangkan itu semua . Saya takut jika hitam nya hati saya ini tidak dapat di cuci . Saya takut azab ALLAH . Saya takut ALLAH akan tanyakan nanti di Hari Kiamat kenapa hati saya menjadi sehitam itu . Saya takut ALLAH .. Mudahan kita selalu muhasabah diri kita untuk selalu berada di jalan yang betul , di bawah rahmat ALLAH ta`ala . Semoga bukan saja hari ini kita menangis kerana takutkan ALLAH , tetapi juga sampai menutup mata sekalipun biarlah kita mengucap menyebut nama ALLAH dalam keadaan penuh takwa yakni takut akan azab dan kemurkaan ALLAH pada kita . Semoga ALLAH memudahkan hati-hati yang mahu dekat dengan NYA .. Saat nasihat di acu wALLAHua`lam **************************************** *Hari ni start sekolah dah setelah kalut ber winter vacation *Ketika Home Room siang tadi , Fujita Sensei yang sangat marah dengan pelajar-pelajar yang bising menjerit dengan kata-kata yang cukup jarang disebut oleh mana-mana sensei . (because japanese is too soft in speaking - jarang straight to the point) >> kuchi wo tojite , kao wo steji no hou ni muite kudasai yo ( tutup mulut anda dan halakan muka anda ke arah stage) --> biasenya sensei lain ckp "tolong diam" je |
| aimi March 14, 2007 04:55 PM PDT ana merasa sungguh bersyukur kerana dalam era yang penuh pancaroba ini masih ada insan seperti nti yang hatinya sentiasa teringat kat Allah.. betapa ini merupakan satu nikmat yang besar untuk ana kerana kesempatan yang Allah berikan untuk mengenali nti walaupun dengan sekadar membaca cetusab minda nti dalam blog ini..Subhanallah.. | ||
| aimi March 14, 2007 04:53 PM PDT ana merasa sungguh bersyukur kerana dalam era yang penuh pancaroba ini masih ada insan seperti nti yang hatinya sentiasa teringat kat Allah.. betapa ini merupakan satu nikmat yang besar untuk ana kerana kesempatan yang Allah berikan untuk mengenali nti walaupun dengan sekadar membaca cetusab minda nti dalam blog ini..Subhanallah.. | ||
| syaheerah January 17, 2007 11:20 AM PST luv u too.. damn much.. akak bizi ngat recently.. nnt dah reda2 insyaALLAH ill mail u . | ||
| marina January 16, 2007 08:22 PM PST luv u sis... | ||
| syaheerah January 14, 2007 11:53 AM PST ameen .. | ||
| Name January 11, 2007 01:41 PM PST sukanya dgn entry ni. sungguh saya terasa tenang dan insaf... ya Allah berilah kekuatan buatku, untuk jadi hamba yang bersyukur dan taat padaMu. ameen | ||
| Leave a Comment: |